Apa itu Migrain?
Kapala sakit? Kapala sakit?? Kepala sakit??? Migrain ! Dulu semasa mula-mula berkahwin dengan suami saya, baru saya tahu Encik Suami saya tu kerap “diserang” sakit kepala yang melampau… Sakit kepala, biasanya sebelah sahaja, sampai timbul urat-urat di tengkok. Bila rujuk kepada doktor di klinik, biasanya akan diberitahu “ Migrain ” Apa Itu Migrain? MIGRAIN berasal daripada perkataan Greek iaitu Hemikrania yang bermaksud sebelah tengkorak. Juga dikenali sebagai ‘vescular headache’ . Migrain adalah sejenis penyakit kepala yang kronik, sehingga menjejaskan keupayaan pesakit untuk menjalani rutin harian…. termasuk lah antaranya tidak lalu makan, minum dan hanya terbaring lemah… Kajian perubatan mendapati, golongan wanita lebih kerap menghidap Migrain terutamanya ketika didatangi haid. Malah sebanyak 60 peratus daripada pesakit yang menghidapi sakit kepala mengalami sama ada Migrain atau tension headache . Simpto...