Kenapa kejang semasa hamil berlaku?

🌻Kejang ketika hamil berlaku disebabkan oleh perkembangan janin yang semakin membesar setiap bulan. Sepanjang tempoh kehamilan, tubuh badan akan mengeluarkan hormon releks yang akan membuatkan sendi-sendi menjadi longgar.

🌻Apabila anda melakukan sebarang pekerjaan seperti berjalan, naik tangga, dan sebagainya,anda akan merasa sakit terutamanya dari bahagian pinggul hingga ke bahagian kaki.

Cara Mengatasi Kejang Ketika Hamil
1. Urutan
Minta bantuan suami untuk melakukan urutan yang ringan pada bahagian paha dan kaki termasuklah betis. Urutan boleh melegakan sakit akibat kejang ketika hamil.

2. Elakkan Memakai Kasut Bertumit
Awas!. Jika anda hamil, jangan sesekali berkasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi boleh menyebabkan kejang ketika hamil berpanjangan. Pilihlah kasut yang sesuai untuk ibu hamil atau kasut yang tidak bertumit atau flat.

3. Banyakkan Rehat
Ibu hamil memerlukan rehat yang mencukupi setiap hari. Lakukan aktiviti yang anda sukai dan boleh menenangkan anda di rumah. Membaca majalah dan menonton tv juga boleh membuatkan anda relaks.

4. Senaman
Jika anda hamil, tidak bererti anda tidak boleh bersenam. Malah, senaman sangat digalakkan untuk ibu hamil kerana memudahkan proses bersalin nanti.

Senaman yang sesuai untuk ibu hamil ialah senaman yang lembut seperti berjalan kaki, berenang, dan yoga.

Anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor atau mereka yang lebih pakar dalam senaman untuk ibu hamil.

5. Alat Sokongan Aggota Badan
Untuk melegakan kejang pada kaki, anda boleh tampung kaki dengan menggunakan bantal. Anda akan berasa sedikit selesa dan sakit akibat kejang akan berkurangan.

6 . Susu @ Tablet Kalsium
Susu merupakan salah satu minuman yang membekalkan kalsium. Selalunya kita lihat iklan di kaca tv dan juga di paparkan di surat khabar tentang susu untuk ibu hamil. Ibu boleh memilih susu yang sesuai dan tinggi kandungan kalsiumnya.

Kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil setiap hari ialah 1200mg hingga 1300mg. Jika ibu tidak gemarkan susu, ibu boleh mengambil tablet kalsium yang dijual di farmasi.

Semasa hamil, saya mengambil tablet kalsium keluaran Shaklee iaitu Ostematrix. Sebelum tidur, saya makan 4 biji Ostematrix, alhamdulillah keesokan harinya tubuh saya rasa segar dan tidak lenguh-lenguh lagi.

🍒Hidayu Hasbolah..



 


 


 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengedar Shaklee Muar - 0146587929

Posisi Tidur Bagi Ibu Mengandung

Set Kurus Shaklee Untuk Dapatkan Badan Langsing Dengan Selamat