Posisi Tidur Bagi Ibu Mengandung

Assalamualaikum.. Memasuki minggu ke-26 dan ke atas kehamilan kebanyakkan ibu-ibu mengandung akan mengalami masalah sukar tidur dek kerana perut yang semakin membesar, dan juga mungkin kerana pergerakan bayi yang aktif. Disini, Jida ingin kongsikan sedikit tips yang mungkin dapat membantu anda iaitu 12 panduan atasi masalah tidur.  1- Posisi tidur mengiring ke kiri. Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam. 2- Mandi air suam. Sebelum tidur, mandi dengan air suam . Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda tidur lena. 3- Elak makan terlalu banyak sebelum tidur. Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untik itu, hindari daripada makan terlalu banyak.Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat. 4- Minum susu suam. Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke ...