Masalah uri bawah bagi Ibu hamil

Assalamualaikum w.b.t

Antara masalah yang ada dikalangan ibu mengandung ialah masalah uri bawah.





Apa Itu masalah uri bawah? Masalah uri bawah turut dikenali sebagai placenta praevia. Di sini, uri melekat dibahagian ‘bawah’ rahim iaitu lower uterine segment. Placenta praevia terbahagi kepada 4 tahap, di mana tahap ke- IV adalah yang paling serius.
Plasenta mempunyai empat fungsi :-
1- Mengirimkan gizi dan oksigen dari darah ibu pada janin.
2- Membawa karbon dioksida dan sisa-sisa pembuangan janin kembali ke darah ibu.
3- Membentuk ketahanan (imun) untuk infeksi atau ubat-ubatan tertentu.
4- Mengeluarkan hormon terutamanya hormon chorionic gonadotrophin (HCG), progestron dan estrogen.

Sebenarnya, punca mengapa masalah placenta praevia boleh berlaku adalah tidak di ketahui. Oleh itu kita tidak boleh mengambil langkah untuk mengelakkan masalah ini.

Namun ada beberapa perkara yang berkait rapat dengan dengan kejadian placenta praevia ini. Di antaranya ialah :
1- Usia wanita yang semakin meningkat
2- Jumlah anak yang telah ramai.
3- Pernah mengalami pembedahan LSCS.
4- Pernah mengalami masalah placenta praevia di dalam kandungan sebelum ini .
5- Ibu yang merokok.

Wanita yang ada masalah placenta praevia boleh mengalami  pendarahan vagina selepas memasuki minggu ke-28 tetapi ia tidak menyebabkan rasa sakit.

Oleh kerana , masalah uri bawah ini tidak dapat diatasi dengan rawatan. Maka, sentiasalah merujuk dengan doktor yang berkaitan supaya pemeriksaan dan pemantauan dapat dilakukan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengedar Shaklee Muar - 0146587929

Posisi Tidur Bagi Ibu Mengandung

Set Kurus Shaklee Untuk Dapatkan Badan Langsing Dengan Selamat