Asid Folik dan Vitamin B Complex Tidak Sama


Mesti ibu-ibu dah biasa dengar tentang Asid Folik kan. Kebaikan Asid Folik ini bukan sahaja untuk ibu yang sedang hamil, tetapi juga kepada mereka yang mengalami masalah kesuburan ataupun dengan kata lain, yang sedang berusaha untuk hamil. Sebaik sahaja ibu-ibu disahkan hamil, doktor pasti akan membekalkan vitamin Asid Folik ni dan kita wajib telan 1 biji je setiap hari. Wajib tau, bukan sunat, bukan harus. Kalau takmo telan, risiko tanggung sendiri ok. 

Tahu tak apa risiko sekiranya anda kekurangan Asid Folik ni?

  • Kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti : gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida), bayi dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk (anecephaly/encephalocele), bayi mengalami NTD.


  • Keguguran, lahir mati, kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia)
  • Kecacatan lain pada bayi seperti : sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Uhuhu...takutnye. Jadi ibu-ibu wajib makan, jangan tak makan ok.

Ada ke suplemen Asid Folik dalam produk Shaklee?


Ya tentulah ada. Ini dia B Complex Shaklee.


Kalau anda jumpa mana-mana SID (Pengedar sah Shaklee) pun, diorang pasti akan memberikan jawapan yang sama. Pasti antara anda ada yang keliru kan dan timbullah soalan-soalan seperti berikut; Asid Folik dengan Vitamin B-Complex ni sama ke? Kalau saya dah makan asid folik, perlu ke makan B Complex lagi?

Namanya pun dah lain kan, Asid Folik dengan B-Complex..sama ke? Hehe...jangan marah ye. Ada sebab lain sebenarnya kenapa saya kata ianya tak sama. Jom saya terangkan.

Fakta mengenai Asid Folik 


Asid Folik atau Folate adalah Vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan 3 bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida).  

Peringatan : Asid Folik amat penting untuk wanita yang merancang kehamilan. Ia adalah seperti menyediakan rahim kita dengan nutrien yang secukupnya bagi menerima sel telur. Fasa ini adalah amat penting bagi menentukan kejayaan seseorang wanita itu untuk hamil atau tidak kerana rahim yang kuat akan dapat menerima proses seterusnya manakala rahim yang lemah kerana kekurangan nutrien akan menolak proses selanjutnya mengakibatkan keguguran berlaku. Untuk wanita yang mengalami masalah kesuburan dan merancang untuk hamil sangat-sangat digalakkan untuk mengambil Asid Folik. Highly recommended.


Fakta mengenai B-Complex


Vitamin B ini mempunyai banyak jenis. Contohnya B1, B2, B3, B5, B6 dan lain-lain lagi, ada 8 jenis kesemuanya. Sebab itulah terhasilnya vitamin B-Complex bagi menunjukkan bahawa ianya mengandungi pelbagai jenis Vitamin B. Vitamin B merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf dan kulit yang sihat.

Jadi jelas kan perbezaannya iaitu Asid Folik adalah sejenis vitamin B manakala B Complex mengandungi banyak jenis Vitamin B. Adakah sejenis produk B Complex itu lengkap dengan 8 jenis Vitamin B termasuk vitamin B9 @ asid folik? Itu yang akan menjadi kayu ukur sama ada anda perlu makan asid folik sahaja ataupun kedua-duanya sekali. 

Ada banyak jenis produk B Complex di pasaran. Jadi sila semak kandungan Vitamin B di dalam produk B Complex yang anda beli, adakah ianya lengkap dengan 8 jenis Vitamin B dan mempunyai vitamin B9? Jika tidak, bermakna anda perlu makan lagi Asid Folik yang lain. Tetapi kenapa susah payah nak telan banyak-banyak pil sekiranya anda boleh memilih B Complex Shaklee yang telah dilengkapi dengan kesemua 8 jenis Vitamin B termasuk vitamin B9.

Perbezaan Vitamin B Complex di pasaran dengan Vitamin B Complex SHAKLEE

Saya pun sebenarnya tidak pasti sama ada Vitamin B Complex dari jenama lain di pasaran kini mempunyai kandungan Vitamin B yang lengkap ataupun tidak. Jadi cadangan saya baik anda sahkan sendiri daripada pharmacist bertauliah ataupun biasanya kita boleh lihat kandungan nutrisinya yang ada dilekatkan pada botol. Ini contoh bagi B Complex Shaklee.



Kandungan B Complex Shaklee
B-Complex Shaklee terdiri daripada kumpulan 8 komponen vitamin B iaitu thiamin (B1), riboflavin (B2), niacin (B3), pantothenic acid (B5), pyridoxine (B6), folic acid (B9), cobalamin (B12) serta Biotin.

Bagaiman untuk memilih Vitamin B terbaik?

  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B seperti dinyatakan dalam RDA (Recommended Dietary Allowance)
  • Mengandungi 100% RDA untuk Asid Folik dan Biotin. 
  • Memiliki Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten (peningkatan penghantaran zat).
  • Tablet yang mudah ditelan


Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan. Pengambilan B Complex boleh diteruskan sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit ‘meroyan’.  Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya
Facebook : Hidayu Hasbolah ( Mamadira Health & beauty )
Shaklee ID : 996135 Gmail : Arifayu1989@gmail.com
Blogger :Dunivita.BLOGSPOT.COM
Call / sms / whatsapp : 017-2232-928 @ 012-6929-376

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengedar Shaklee Muar - 0146587929

Posisi Tidur Bagi Ibu Mengandung

Set Kurus Shaklee Untuk Dapatkan Badan Langsing Dengan Selamat