Cara Nak Hapuskan Bintik Kolesterol Bawah Mata
Ada bintik dekat bawah mata? Bukan jerawat tapi bintik ni tak hilang-hilang. Walau macam-macam cara buat tapi bintik ni ada bawah kulit, bukan kat luar macam jerawat. Rupanya inilah kolesterol jahat yang sudah mula memunculkan diri. Cuba tengok bawah mata korang sekarang. Ada tak benda ni? Macam jerawat tapi bukan jerawat. Mula-mula mesti kita ingat ini adalah jerawat kan. Ada orang panggil jerawat nasi. Bukan ye tuan puan, inilah bintik kolesterol. Bintik Kolesterol Kat Mata Pernah dengar bintik kolesterol ? Ianya disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam badan kita. Sangat berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit lain jika kolesterol tinggi dalam badan. Bagaimana nak hilangkan bintik kolesterol ni? Ada cara ke? Tengok pun geram je kan. Bagaimana Boleh Terjadinya Bintik Kolesterol? Bintik kolesterol ni berlaku macam ada benjolan di bawah kulit terutama biasanya sekitar mata kerana salur darah mengandun...